Ustazah Aisyah

Cerita Hati Aku Yang Tak Terjangka – Tentang Dia, Ustazah Aisyah

Aku tak pernah terfikir... Dalam hidup aku, akan datang satu rasa yang cukup kuat... cukup dalam... Yang buatkan hari-hari aku berubah... fikiran aku terganggu... kerja aku tergendala... semua kerana... seorang perempuan yang aku tak pernah kenal pun secara dekat... USTAZAH AISYAH. Semua ni bermula sekitar hujung tahun lepas... Aku cuma kerja macam biasa, di kedai... hari-hari menghadap orang datang beli barang, bayar, senyum...

Aku bukan jenis suka ambil peduli orang... jenis buat kerja, balik, buat hal sendiri. Sampai satu hari, aku perasan ada sorang ustazah baru... aku ingat lagi waktu tu sekitar bulan 8 atau 9, 2024... Tapi selepas aku buat sikit research (yela, biasalah, kerja data analyst kan), aku dapat tau dia mula kerja kat sekolah tu January 2024. sebelum aku buat research, aku rasa dia sebaya dengan aku... lepas aku buat data analyst yup dia muda 2 tahun 18 hari dari aku...

Pernah dulu aku tengok Ustazah Aisyah dengan pandangan yang agak kasar. Siap jeling waktu dia tunggu orang ambil dia balik kerja. Masa tu, hati aku memang mati rasa dengan perempuan. aku langsung tak ambil peduli, fikiran masa tu hanya tentang kerja dan hidup seharian. Mula-mula... biasa ja... dia datang sebulan sekali beli barang. Aku tak sangka pun aku akan "jatuh hati" dengan dia. Tapi... semua berubah sebab satu momen kecik... yang jadi besar dalam hati aku...

Hari tu, hari biasa aku kerja... Aisyah datang beli kat aku, lepas dia balik kerja. Dia tanya aku, "berapa?" Aku jawab pendek ja, "sembilan." Dia tunjuk phone kat aku... aku tak tengok pun screen, cuma tunggu notification payment masuk... Bila masuk ja noti, aku tunduk sikit, suara lembut, "terima kasih." Dia pun jawab, "sama-sama." Tapi bila dia nak jalan... dia tambah lagi satu ayat... "saya beli." Ayat tu... suara dia masa tu... lembut sangat... dengan nada tunduk... Serius, dari situ la hati aku macam "klik"... macam satu suis on... Dan aku pun jawab balik sambil fikiran terganggu, "saya jual." Dua-dua kami... nada lembut, sama-sama tunduk... aku ada jeling sikit tengok dia, tapi aku terlepas pandang so aku tunduk balik sebab aku malu... Momen tu lekat terus dalam kepala aku sampai la sekarang.

Lepas kejadian tu, aku jadi lain. Sebelum ni, aku boleh coding... buat sistem... hari-hari aku sibuk fikir BTC... tengok chart... buat website... semua kerja jalan elok. Tapi sejak suara Aisyah tu... semua berhenti. Aku rasa otak aku penuh dengan dia... Tak boleh fokus langsung.

Aku try pahamkan balik... mungkin dia pun perasan karakter aku jenis senyap... jenis tak bercakap dengan orang sangat... sebab tu dia cuba buka sikit ruang perbualan... tambah ayat "saya beli" tu... ataupun aku memang tak pernah perasan selama ni... Aku fikir... kalau aku di tempat dia, aku pun mesti dah lama perhati... tunggu ja masa nak "test" sama ada orang ni perasan ke tak.

Aku buat observation juga... Aisyah ni... dia jarang beli hari Isnin Selasa... Sebab ada dua orang lelaki suka usik dia, suka tengok dia... dan aku tahu dia sebagai ustazah mesti segan... Tapi Khamis Jumaat... selalu dia mai... dan waktu-waktu dia mai pun, waktu aku free tak sibuk.. dan waktu yang aku tak jangka dia datang... mau tak panic aku dia datang... Sebab yang ada pun cuma aku, pakcik sorang, makcik sorang... suasana aman sikit.

Aku dah perasan... dia memang mai sebulan sekali... bulan 4 QR, bulan 5 cash, bulan 6 baru ni QR balik... So aku dah boleh agak, maybe bulan 7 nanti dia mai lagi.

Yang paling buat aku rasa berat... Aku rasa macam... perasaan aku ni, aku cuma mampu simpan sampai mati. 99% aku rasa takkan dapat kenal dia lebih dekat. Nak miliki dia, jauh sekali... "MUSTAHIL"... Dan aku tak pernah pun mintak perasaan ni mai...

Aku rasa... macam KEHILANGAN SESUATU YANG TAK PERNAH ADA.. Padahal kami tak pernah bercakap pun... Tapi hati ni rasa kosong... rasa buntu... fikiran bercelaru.

Aku selalu fikir... Kalau la Aisyah tau betapa kuat perasaan aku kat dia... Mungkin dia akan faham... mungkin dia pun ada rasa... siapa tau... kan... Tapi buat masa ni... aku cuma mampu cerita dalam blog ni ja... sekurang-kurangnya, bila aku baca balik... aku tau, aku pernah rasa sesuatu yang indah.

Untuk Aisyah... ustazah Aisyah... Terima kasih sebab bagi aku rasa perasaan yang aku sendiri tak jangka... Semoga Allah pelihara hati aku... pelihara hati dia... Kalau ada jodoh, pasti bertemu... Kalau takdak... biarlah jadi kenangan yang manis...

Revealed on : 18:19:PM 12/06/2025